Sunday, July 28, 2013

sejenak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pengunjung blog ini..setahun berlalu tanpa ada nukilan di sini,hati ini sentiasa merindui utk menconteng,tapi masa tidak mengizinkan...Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk terus menulis...eh eh eh,panjang le pulak mukaddimahnya....

ok back to our topik..cuba kita berfikir sejenak,sepanjang kehidupan kita ni mesti ada banyak kenangan yang kita lalui,baik yang manis ataupun pahit..percaya atau tidak sekuat mana pun kita nak buang kenangan tu ia tetap ada di benak kita...seriously cikna pun pernah lalui semua tu..tak guna kita nak paksa diri kita....just be ourself..kenanglah kenangan kita tu selagi mana ia masih di hati,jadikan ia satu pengalaman dalam hidup..kata orang kata"pengalaman guru yang sejati"..

well,cikna masih simpan sekeping nota yang diberikan oleh orang yang banyak mengajar cikna tentang kasih-sayang,kejujuran,kesabaran,kesopanan dan keberanian..walaupun cikna dah tak boleh nak bersama dengan dia lagi tap cikna tetap BERSYUKUR sebab pernah kenal dengan dia..dan sampai sekarang cikna tetap "sayangkan"dia.  

.
.
.
.
.
.
.
.
KADANG2 KITA TERLUPA KITA PERNAH  GEMBIRA BERSAMA DIA,
KADANG2 KITA TERLEKA YANG DIA SELALU BUAT KITA TERTAWA,
KADANG2 KITA TERSENYUM KERANA DIA PERNAH 
BUAT KITA BAHAGIA,
ADAKALANYA KITA MENANGIS 
KERANA TELATAHNYA MEMBUAT KITA MERINDUINYA,
ORANG ITU ADALAH ORANG YANG PERNAH
BERKONGSI SUKA&DUKA BERSAMA,
HIDUP INI ADAKALANYA MENGELIRUKAN KITA,
JIKA SEMALAM KITA PERNAH KETAWA BERSAMA,
HARI INI KITA BISU TANPA KATA,
JIKA SEMALAM KITA BERTEGUR SAPA,
HARI INI BAGAI TIADA DI MATA,
NAMUN....
APA JUA YANG BERLAKU KITA HARUS TERSENYUM,
KERANA KITA PERNAH MENGUKIR SEJUTA KENANGAN BERSAMA,
KENANGAN ITU TETAP KEKAL DALAM INGATAN KITA UNTUK SELAMANYA
HARGAILAH DIA SELAGI KITA MASIH MEMERLUKANNYA...
DIKALA DIA MASIH ADA...

                                     TERIMA KASIH ALLAH

No comments:

Post a Comment