Monday, March 21, 2011

pesanan untuk orang cantik...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah s.a.w. kerana Baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam lagi perkara.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-NYA. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.



Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, itu satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasaan si cantik menghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Jika anda merasakan diri anda buruk, itu lebih baik daripada cantik tapi kecantikan itu akan boleh membinasakan anda sendiri. Orang cantik selalunya lebih digilai. Cabaran untuknya melalui hidup dengan lebih tenang agak sukar. Kemana saja dia pergi dia akan diburu. Dia mungkin kuat untuk bertahan tapi ramai orang cantik akhirnya kecundang.

Sedari anak dara orang cantik menjadi hambatan orang. Kadang-kadang dia menjadi mangsa perebutan yang menumpahkan darah. Setelah dia dimiliki dia tidak bebas daripada hambatan mereka yang pernah jatuh cinta terhadapnya, tidak kira samaada dia mengetahui mahupun tidak. Tatkala dia bergelar janda cabarannya lebih hebat. Terus menjanda akan digelar janda berhias, menamatkan kejandan dituduh tidak setia.

Ibarat rama-rama yang diberikan sayap indah. Ia melirikkan mata setiap orang yang melihat. Kadang-kadang orang tidak sekadar melihat tapi mahu memiliki. Kadang-kadang orang tidak peduli bagaimana caranya untuk dia memiliki. Yang penting dia dapat.

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan yang setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas daripada rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia terus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH!



Selembar Bulu Mata
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat  maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi  langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak  melakukan semua itu.
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul  telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke  kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri.
Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu."
"Inilah saksi-saksi itu," ujar  malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg  mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya  yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu."  Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan  meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan  memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu,  ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya  lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar  lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal,  rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa  itu.  Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya:  "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi."  "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata  ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi  air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari  ancaman api neraka
Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para  penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga karena pertolongan selembar bulu mata."