Wednesday, July 31, 2013

DOA SEORANG EMAK



Assalamualaikum....
  Alhamdulillah dengan berkat doa dari emak yang tidak pernah putus untuk mendoakan anaknya ini,akhirnya ALLAH S.W.T telah memakbulkan doa emak yang mahu melihat anaknya berjaya dan bahagia dalam hidup.Baru-baru ni emak cikna dapat dua berita yang sangat menggembirakan dia dan cikna pun gembira sangat sebab tak pernah tengok mak happy macam tu sekali.
  
  First cikna,anak yang sulung dalam keluarga,akhirnya dapat jugat melanjutkan pelajaran ke menara gading,dan emak cikna sangat-sangat-sangat-sangat gembira.Actually cikna ni calon yang repeat stpm.Sebab tu la mak gembira sangat bila dapat tau pasal berita ni,katanya dekat pun takpe la bila-bila masa kalu lapang boleh pergi jenguk,setakat dekat bachok tu apa la sangat...

 Second,adik cikna yang no2 tu dah lulus interview dan akan diserap dalam ATM..Berita ni yang paling gembira buat mak cikna..Adik cikna ni memang tak boleh duk rumah tau,pagi dia keluar,petang baru balik,tu pun nak makan,lepas dah siap-siap keluar lagi..macam tu lah hari-hari,risau mak cikna tengok..Nasib baik la dia dengar nasihat kami bab suruh isi kemasukkan askar tu,kalau nak ikut enjoy dia,memang tak senang duduk la mak cikna tu.Askar pun askar la janji ada arah tuju.

Kami cuba dan akan mencuba untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.Kami akan berusaha sehingga berjaya agar satu hari nanti kami dapat membalas jasa mak dan abah,wlaupun kami tak mampu nak balas segalanya,tapi kami akan cuba..

  • SEGULUNG IJAZAH AKAN KU BERIKAN PADAMU WAHAI BONDA&AYAHANDA
  • EMAK,ABAH JANGAN PERNAH BERHENTI MENDOAKAN KAMI..



No comments:

Post a Comment